Sekarang ni memang tengah ‘top’ mengenai mi segera pedas, Ramen Samyang yang mampu buat telinga dan mulut korang semua berasap!
Bagi yang hantu pedas, Ramen Samyang ni tak lah pedas sangat pun, siap boleh makan dua bungkus lagi. Memang gila lah!
Ni ada berita baik buat korang yang memang suka sangat makan Ramen Samyang.

Sekarang ni Samyang bukan saja keluarkan ramen je tau tapi ianya telah diilhamkan dalam bentuk kosmetik pula!
Jenama terkenal Tony Moly telah berkolaborasi bersama Samyang dalam menghasilkan koleksi make up edisi terhad yang terdiri daripada Hot Coverdak Cushion, Noodle Blusher, Lip Care Stick dan Lip Sauce Tint.

Menariknya, kotak pembungkusan kosmetik ini juga sangat unik sebab dibungkus sama seperti paket Ramen Samyang.
Lip Sauce Tint dan Noodle Blusher dibungkus dalam paket Samyang berperisa Cheese, Karbo dan Hot Chicken.

Manakala, Hot Coverdak Cushion pula dibungkus dalam paket Samyang berbentuk cawan. Memang lain daripada yang lain!

Bagi korang yang dah mula tak sabar nak dapatkan koleksi edisi khas ini, kesemua koleksi Samyang x TonyMoly ini hanya dijual dan diedarkan di cawangan Tony Moly sekitar Korea sahaja.
Jangan sedih dulu, sebab kalau korang berminat, korang boleh je beli menerusi pembelian atas talian. Mudah je kan!

Harga untuk setiap satu unit dari koleksi edisi terhad ini tidak melebihi RM70. Korang juga tak payah risau lah sebab kesemua barang kosmetik ni tak pedas pun!

Tak sabar rasanya nak dapatkan Noodle Blusher! Comel sangat!
Sumber : Daily Vanity & Allure