Langkawi Bakal Ada Zipride Paling Mendebarkan Di Dunia? Tak Sabarnya Nak ‘Try’!
By Hana Japre | 05, Oct 2018
SHARES
Nampaknya semakin ramai yang akan berkunjung ke Langkawi pada masa akan datang kerana pulau itu bakal miliki zipride tertinggi di dunia!
Wow! Kaki sukan ekstrem pasti tak sabar nak cuba pengalaman menaiki zipride sambil menikmati keindahan panorama Pulau Langkawi!
Tapi jangan ‘excited’ dulu sebab ianya akan menjadi kenyataan sekiranya sebuah syarikat dari Korea Selatan jadi melabur dalam produk pelancongan terbaharu itu.
Menurut laporan Utusan Online, syarikat yang berpangkalan di Pulau Nami itu mahu melabur RM30 juta untuk membina zipride dari paras ketinggian 700 meter dan bakal menjadi zipline yang paling mendebarkan di dunia!
Syarikat itu adalah pemegang francais bagi teknologi zipride Amerika Syarikat dan kepakaran mereka di Pulau Nami telah menarik ramai peminat aktiviti ekstrem ke Pulau Nami.
Korang bayangkan, jika cadangan itu menjadi kenyataan, Langkawi pasti bertambah sesak dan paling membanggakan ia berada di puncak peta dunia!
Selain itu, penduduk setempat juga akan mendapat manfaat dari segi ekonomi dan mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan.
Harap-harap jadi lah kan, tak sabar nak try! Tapi Team Oh Hangat takut tinggi lah pulak! Hahaha!