Filem Venom antara filem yang mendapat perhatian penggemar filem Hollywood di pawagam sekarang!
Berbeza dari filem lain, Venom boleh dikatakan filem boleh layan dan pasti korang teruja nak tahu pengakhirannya.
Baru-baru ini, Team Oh Hangat pergi menonton filem Venom dan berasa sedikit terkejut!

Terkejut kenapa pulak? Sebab intro filem ini menunjukkan parasit Venom yang dibawa menggunakan roket angkasa LIFE Foundation terhempas di Hutan Simpanan Borneo, Sarawak!
Sebaik saja ternampak papan tanda Hutan Simpanan Borneo, Team Oh Hangat mula tertanya sesama sendiri sama ada ada lokasi penggambaran memang dilakukan di sana.
Rupa-rupanya, perkara ini turut menjadi tanda tanya netizen di media sosial dan masing-masing teruja bila tahu memang penggambaran itu dilakukan di Sarawak!
Jarang sekali Malaysia dipilih untuk dijadikan lokasi penggambaran filem Hollywood, patut lah ramai netizen rasa bangga kan!

Bukan Hutan Simpanan Borneo je, babak seorang paramedik wanita dikawal oleh Venom (Symbiote) dan menuju ke pasar malam adalah sebuah perkampungan di Sibu, Sarawak selain lapangan terbang Sibu.
Harap pada masa akan datang lagi ramai pengarah filem Hollywood memilih Malaysia sebagai lokasi penggambaran, boleh lah perkenalkan lagi banyak tempat-tempat menarik di negara kita di mata dunia.
Kalau korang belum tengok lagi filem ni, jom serbu pawagam berdekatan korang! Memang best, Team Oh Hangat bagi rating 8/10!