Seorang Wanita Kelihatan 20 Tahun Lagi Tua Dari Usia Sebenar Gara-Gara Minum Bubble Tea!
By Faten | 15, Oct 2018
SHARES
Bila cakap pasal bubble tea je mesti ramai yang gilakan minum ni kan? Tapi tahu tak korang yang minuman ni boleh membuatkan korang nampak tua sebelum usia? Takutnya!
Seorang wanita Taiwan berusia 30 tahun kelihatan 20 tahun lebih tua dari usianya yang sebenar disebabkan oleh cara pemakanannya yang tidak sihat.
Doktor mendedahkan bahawa, wanita tu minum bubble tea setiap hari selama 20 tahun sejak zaman sekolah lagi.
Bukan itu saja, dia juga akan memesan bubble tea bersaiz 500ml dan akan meminta tambahan gula.
Bubble tea ini sebenarnya minuman popular dari Taiwan, paling popular dengan perisa teh dan “mutiara” atau pearl yang diperbuat daripada tepung ubi kayu.
Yang pasti, setiap orang yang menggemari minuman ini akan tahu bahawa minuman bubble tea tinggi kandungan gula.
Doktor yang memeriksa kulit wajah wanita tersebut memberitahu tekstur kulitnya kasar, tona kulit tidak sekata, dan kedutan mendalam yang ketara dapat dilihat di wajahnya.
Doktor itu juga menjelaskan keadaan kulitnya yang teruk disebabkan oleh tabiat minum bubble tea yang telah menyebabkan glycation, dimana kulitnya kelihatan lebih tua.
Kalau korang tak nak hilang seri muka dan berkedut, lebih baik kurangkan minum bubble tea, kalau tak muda-muda nanti orang dah panggil dengan gelaran nenek!