Korang mesti suka berenang di kolam renang kan? Mesti korang pun pernah terkencing di dalam kolam! Biasanya bila dah berendam dalam kolam ni mesti malas nak keluar pergi tandas kalau nak terkencing.
Jadi, jala mudah lepaskan aje lah sisa kumbahan korang tu dalam kolam renang! Eeewww!
Untuk pengetahuna korang, air kencing yang bercampur dengan air kolam renang boleh mengundang bahaya! Bukan saja bahaya untuk diri sendiri, malah untuk pengguna lain juga.
Kalau korang nak tahu, klorin yang digunakan untuk memastikan air kolam sentiasa bersih, apabila bercampur dengan air kencing akan menyebabkan pembentukan sejenis bahan kimia yang dikenali sebgai Cyanogen Chloride (CNCI) dan Trichloroamine (NCI3).
Bahan-bahan ini dikatakan mampu memberikan kesan buruk kepada kemampuan tubuh badan untuk bertindak balas dengan oksigen, mempengaruhi sistem saraf, pembunuh darah dan jantung serta pernafasan.
Disebabkan itu, korang mungkin akan jatuh sakit seperti demam, sesak nafas dan sebagainya.
Selain itu, CNCI juga akan menyebabkan gatal dan alergi pada kulit.
Bukan itu saja, air kolam yang bercampur dengan air kencing juga mudah untuk diserang bakteria atau kuman berbahaya seperti Cryptosporidium, Giardia, E.coli dan sebagainya.
Jadi, janganlah malas nak pergi tandas kalau terasan nak kencing ye. Kalau nak selamat, jagan kencing dalam kolam renang.
Cuba jaga kebersihan dan kesihatan diri dan orang lain juga okay!