Perempuan memang terkenal dengan perwatakan yang sering nak nampak cantik je sepanjang masa.
Penjagaan kecantikan orang perempuan ni memang dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Tapi, bahagian bibir ni memang susah sikit nak jaga sebab bila cuaca berubah sikit mesti bibir akan mula kering dan merekah.
Biasanya bibir akan merekah dan kering disebabkan cuaca dan suhu yang terlalu panas atau terlalu sejuk, dehydration, bernafas melalui mulut, makanan yang berasid, masin atau pedas dan juga penyakit-penyakit tertentu.
Bila jadi macam ni, mula la gelabah tak tahu nak buat apa untuk pulihkan kembali bibir korang tu.
Jangan risau! Ini ada lima tips penjagaan bibir yang korang boleh buat kalau nak bibir sentiasa munggil dan menggoda!
1. Madu Asli
Madu merupakan salah satu ejen pelembap yang sangat bagus kerana ia boleh memulihkan kembali kelembapan bibir.
Tapi, pastikan madu yang digunakan merupakan madu asli sebab kebanyakan madu yang dijual mengandungi campuran gula dan bahan-bahan lain.
Kalau madu yang dah dicampur tu, takut nanti akan tambah kering pula bibir korang tu.
2. Skrub Bibir
Tujuan scrub bibir adalah untuk melembapkan bibir korang biasanya scrub bibir ni mengandungi bahan-bahan seperti wax, minyak dan butter.
Tekstur lip scrub memang agak kasar jika dipegang, tapi ia membantu untuk menghilangkan kulit-kulit mati pada bibir korang.
Terdapat pelbagai jenis dan jenama lip scrub yang dijual di pasaran. Ada yang berperisa cotton candy dan buah-buahan juga tau.
3. Gel Aloe Vera
Lidah buaya adalah salah satu tumbuhan yang bagus untuk kulit. Gel lidah buaya ni mengandungi banyak fungsi dan salah satunya adalah melembapkan bibir.
Korang boleh beli pelembap bibir yang mempunyai aloe vera ataupun beli gel aloe vera yang banyak dijual di farmasi atau pasaraya.
4. Pakai Lip Balm Atau Natural Oil
Penting untuk korang sentiasa pakai pelembap bibir atau lip balm untuk pastikan bibir sentiasa lembap dan segar.
Selain lip balm, korang boleh juga sapukan minyak yang mengandungi bahan-bahan semula jadi seperti minyak badam atau minyak kelapa dara.
Tapi kalau nak mudah beli je satu lip balm dan simpan dalam beg tangan korang. Bila rasa bibir tak selesa je terus pakai. Senangkan!
5. Banyakkan Minum Air Masak
Badan manusia ni memang sentiasa memerlukan air yang secukupnya untuk kekal hidrasi.
Sama juga untuk jaga kelembapan bibir, korang kena lah minum sekurang-kurangnya dua liter air setiap hari.
Dengan minum air yang banyak, kelembapan bibir akan nampak lebih semulajadi!
Yang paling penting, kalau bibir kering tu jangan gatal tangan pergi kopek-kopek sampai berdarah sebab tu akan membuatka bibir korang jadi makin teruk.
Bibir cantik baru la ada keyakinan diri kan!