Peminat Filem Marvel Teruja John Cena Beri ‘Hint’ Bawa Watak Captain America!
By Hana Japre | 14, Nov 2018
SHARES
Mesti ramai peminat filem Marvel tak sabar nak tunggu filem Avengers 4 ditayangkan di pawagam pada tahun hadapan!
Di sebalik keterujaan korang, ada juga yang ‘heart broken’ bila dengar berita kontrak Chris Evans yang membawa watak Captain America bakal tamat tidak lama lagi.
Officially wrapped on Avengers 4. It was an emotional day to say the least. Playing this role over the last 8 years has been an honor. To everyone in front of the camera, behind the camera, and in the audience, thank you for the memories! Eternally grateful.
Tidak dapat dipastikan lagi sama ada ia benar atau sebaliknya tapi gambar perisai Captain America yang dimuat naik John Cena di Instagramnya minggu lalu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat filem Marvel.
Rata-rata netizen amat teruja sekiranya benar John Cena bakal menjayakan watak tersebut dalam filem Marvel pada masa akan datang.
Korang rasa sesuai ke tak John Cena jadi Captain America? Ke John pun dah tak sabar tunggu Avengers 4 sebab tu upload gambar perisai Captain America! Hihi!