Sebar Munafik 2 Di Media Sosial, Lelaki Ini Kena Bayar RM100,000 Pada Skop Productions! Nak Menyesal Pun Tak Guna!
By Hana Japre | 14, Nov 2018
SHARES
Gara-gara terlalu berani memuat naik filem Munafik 2 di media sosial, seorang lelaki diarah membayar RM100,000 kepada Skop Productions!
Sebelum ini, lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Izwan Shah telah memuat naik filem Munafik 2 di media sosial tanpa keizinan plaintiff dan tidak mahu memadamkannya walaupun sudah diminta oleh pihak Skop Productions.
Sikapnya yang degil dan mencabar pihak Skop Productions dengan berkata “Aku kalau dah upload, takkan delete dah” akhirnya memakan diri!
Oleh itu, Skop Productions telah menfailkan saman di mahkamah dan Muhammad Izwan diperintah membayar RM100,000.
بÙسْم٠اللَّه٠الرَّØْمَن٠الرَّØÙيم saya yg bernama Muhammad Izwan Shah ingin memohon maaf kepada pihak Skop...
Selepas mahkamah memerintahkan dia membayar RM100,000, Muhammad Izwan meluahkan rasa kesal di laman Facebook dan menasihati orang ramai agar tidak mengulangi kesalahan yang sama.
Di ruangan komen pula, netizen turut bersimpati dengan nasibnya tetapi apa boleh buat, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya!
Bagus lah kalau dah insaf, tak payah nak sebarkan biar orang pergi tengok sendiri kat panggung wayang, sokong filem tempatan!