Beg ‘Bola’ Rekaan Terbaru Pelukis Dari New York Ni Memang Cantik Giler! Baru Nampak Hipster!
By Faten | 16, Nov 2018
SHARES
Dunia fesyen semakin hari semakin berkembang dengan adanya pereka-pereka fesyen yang terkemuka.
Setiap individu yang gemar akan berfesyen akan sentiasa menantikan dan mengikuti perkembangan fesyen agar sentiasa kelihatan trendy dan ‘up-to-date’.
Siapa sangka, sebiji bola yang biasanya menjadi kegilaan kaum lelaki sudah beralih arah kepada minat seorang wanita!
Baru-baru ini, seorang pelukis berasal dari New York, Andrea Bergart telah menghasilkan beg 'bola' yang dilihat memang kreatif dan unik!
Sebiji bola telah diinovasikan menjadi sebuah beg silang, dompet, beg duit syiling dan juga beg khusus untuk WNBA All-Stars. Memang idea yang luar biasa kan!
Inovasi penghasilan beg daripada basketball, football dan volleyball ini kelihatan sangat 'rare' apabila digayakan oleh wanita pada masa kini.
Jika dilihat, wanita yang menyilang beg 'bola' ini akan menunjukkan diri mereka gemar bersukan.
Tapi, bagi mereka yang suka akan barangan yang unik, pasti akan menyukai rangkaian beg bola ini!
Sudah pasti penampilan seseorang individu yang memakai beg bola ini akan kelihatan lebih lasak dan garang.
Tapi, sebelum nak beli jangan lupa lihat harnya dulu, takut nanti terkejut pula bila sampai resit pembayaran!