Setiap orang mempunyai hobi yang tersendiri seperti, bersukan, berbasikal, memanjat gunung dan sebagainya.
Bagi yang gemar akan aktiviti yang lasak dan mencabar kemampuan diri, aktiviti memanjat gunung menjadi pilihan utama kebanyakkan orang.
Selain dapat mencabar diri, pendaki akan dapat melihat pemandangan yang cukup cantik dan tak pernah dilihat oleh orang lain.
Bagi pendaki, sudah pasti mereka mengetahui mengenai keindahan pergunungan Zhangye Danxia yang terletak di China, salah satu keajaiban ciptaan Allah SWT yang begitu masyhur di seluruh dunia.
Nak tahu mengapa pergunungan ini begitu masyhur di seluruh dunia? Jom ketahui enam pergunungan lagi yang cantik dan mempunyai keindahan yang luar biasa.
1. Zhangye Danxia, China
Tidak asing lagi, gunung Zhangye Danxia yang terletak di daerah Gansu, di China ini antara yang paling tersohor di dunia.
Warna-warni di pergunungan ini adalah campuran pasir merah dan mineral yang terbentuk sejak 24 juta tahun dahulu.
Gunung Zhangye Danxia merupakan salah satu tempat tarikan pelancongan yang unik ada di China. Tempat ini juga turut disenaraikan dalam senarai warisan dunia UNESCO tau.
2. Brennisteinsalda, Iceland
Gunung Brennisteinsalda yang terletak Landmannalaugar ini dinobatkan sebagai gunung paling cantik yang ada di Iceland.
Kalau korang datang ke sini, jangan lepaskan peluang melihat sendiri keindahan Brennisteinsalda.
Warna hitam dan biru yang terdapat pada gunung ini terhasil dari kesan abu dan lava, manakala warna merah pula berupa kandungan besi dan warna hijau adalah lapisan lumut yang meliputan kawasan berbatu.
3. Rainbow Mountain, Peru
Mungkin ramai yang tidak tahu kewujudan Gunung Pelangi di Peru ini, namun kecantikan gunung ini tidak terkalah hebatnya.
Rainbow Mountain atau dikenali dengan nama Vinicunca atau Yauricunca ini terletak di kawasan kawasan pergunungan Andes.
Macam mana nak sampai ke pergunungan ni? Korang terpaksa melalui trek yang mencabar dan mengambil masa selama beberapa hari.
Yang suka pengembaraan ekstrim boleh cuba jejak gunung ini jika berkunjung ke Peru. Mesti seronok kan!
4. Painted Hills Oregon, Amerika Syarikat
Dinamakan sebagai Painted Hill adalah disebabkan warna gunungnya yang kelihatan seperti dicat.
Menurut Amusing Planet, kemungkinan besar Painted Hills terbentuk lebih dari 35 juta tahun yang lalu terkesan hasil daripada lapisan abu vulkanik ketika daerah tersebut masih berupa dataran sungai.
Sekarang, tempat ini menjadi kebanggan buat penduduk di Wheeler County, Oregon.
5. Cerro de los Siete Colores, Argentina
Dengar namanya saja dah cukup mengagumkan. Memang susah nak sebut nama gunung ni boleh terbelit lidah.
Gunung Cerro de los Siete Colores atau dalam bahasa Inggeris disebut The Hill of Seven Colors ni terletak di daerah Quebrada de Purmamarca, gunung ini mempunyai 7 lapisan warna yang berbeza.
6. Seven Coloured Earths of Chamarel, Mauritius
Jika di Argentina ada gunung 7 warna, di Mauritius pun ada juga. Seven Coloured Earths atau dipanggil dengan nama Terres des Sept Couleurs ini terletak di daerah Chamarel, Distrik Rivire Noire, iaitu di sebelah barat daya Mauritius.
Tidak hanya unik, malah pasir di sini juga sangat ajaib. Ia boleh dilihat apabila korang cuba mencampurkan pasir di Seven Coloured Earths.
Secara automatik, pasir ini akan perlahan-lahan mengasingkan diri sesuai mengikut warnanya. Hebat kan!
Jadi apa tunggu lagi! Jom rancang percutian dan mengembara melihat pergunungan yang berwarna-warni ni!
Sumber : vocket