Baru Lima Hari Tayang Filem Polis Evo Dah Pecah Panggung! Kutip Lebih RM10 Juta Tau!
By Faten | 28, Nov 2018
SHARES
Siapa dah tengok Polis Evo 2? Sudah pasti ramai yang teruja dengan setiap aksi lasak yang ditunjukkan oleh setiap pelakon dalam filem ni kan.
Polis Evo 2 yang dibintangi barisan pelakon handal seperti Shaheizy Sam, Zizan Razak, Erra Fazira, Hasnul Rahmat, Hairul Azreen, Sofi Jikan dan aktres Indonesia, Raline Shah memang menggemparkan layar perak.
Kalau korang nak tahu, filem aksi terbitan Astro Shaw Sdn. Bhd. dan SCM TBK ni dah memecahkan rekod sebelum ini dengan melakar sejarah apabila mencatat lebih RM10 juta selepas lima hari ditayangkan di 146 buah pawagam seluruh negara dan Brunei. Hebat kan!
Kutipan itu sekaligus meletakkan filem itu menduduki tangga teratas carta naskhah pecah panggung di pawagam tempatan ketika ini.
Selain Brunei, Polis Evo 2 turut menembusi pawagam negara Singapura dengan tayangan awal pada 23, 24 dan 25 November lalu sebelum diluncurkan secara rasmi pada 29 November ini.
Korang bayangkan, sewaktu hari pertama tayangan filem ini saja sudah berjaya membuat kutipan sebanyak RM3.5 juta tau!
Ini sekaligus memadam rekod kutipan tertinggi pada tayangan hari pembukaan yang dipegang filem seram arahan Syamsul Yusof, Munafik 2 yang mengutip sebanyak RM2.05 juta.
Jadi kalau korang belum lagi menonton filem ni, cepat-cepat pergi pawagam terdekat dan tengok sendiri aksi hebat barisan pelakon filem Polis Evo 2 ni!