Bagi penggemar jam tangan, sudah pasti Mido merupakan salah satu jenama yang menjadi kegemaran ramai sejak tahun 1918.
Rekaan jam tangan Mido sememangnya menjadi kegilaan wanita diluar sana kerana bentuknya yang eksklusif dan warnanya yang cukup menarik.

Baru-baru ni, bertempat di ArtScience Museum at Marina Bay Sands, Singapura, Mido telah menyambut ulang tahun yang ke-100 bertemakan “Past, Present, Future” dan seterusnya memperkenalkan koleksi jam tangan terbaru mereka.

Mido mengimbau kembali rentetan sejarah penubuhannya sempena sambutan ulang tahun jubli jenama terkenal ini dengan melancarkan kempen #CreateYourMido!
Ini 4 Sebab Kenapa Korang Kena Join Kempen #CreateYourMido.
1. Jam Tangan Dihiasi Dengan 3 Aksesori

Sempena ulang tahun ke-100, Mido dengan bangganya telah melancarkan jam tangan wanita Baroncelli Lady Day & Night dengan menampilkan sedikit kelainan.

Jam tangan Baroncelli Lady Day & Night ini direka dengan tiga tali jam yang boleh ditukar mengikut kesesuaian aktiviti korang.
Satu jam tapi boleh tampil elegan dalam apa jua majlis!
2. Rainflower, Diilham dari Muzium ArtScience

Mido juga telah melancarkan koleksi jam tangan yang terbaru iaitu Rainflower.
Rainflower ini telah diilhamkan dari Muzium ArtScience yang menunjukkan ciri-ciri dalam bentuk bunga teratai yang sedang berkembang mekar.

Jam tangan Rainflower ni tak guna bateri taw tapi menggunakan sistem automatik! Memang canggih!
3. #CreateYourMido

Peluang menarik untuk semua penggemar jam tangan Mido! Menerusi kempen #CreateYourMido, korang boleh mereka bentuk jam tangan Mido Rainflower mengikut cita rasa korang sendiri tau!

Model terkenal antarabangsa yang juga merupakan Victoria Secret's Angel, Romee Strijid menjemput semua peminat Mido untuk menyertai kempen #CreateYourMido di laman web mini mereka bagi memilih pelbagai jenis tali, batu permata dan banyak lagi bagi menghiasi rekaan jam tangan Rainflower korang tu!
Ooh La La!
4. Ada Lagi Tawaran Menarik!

Tunggu! Ada lagi tawaran menarik yang Mido nak bagi dekat korang semua!
Dengan menyertai kempen #CreateYourMido di laman web mini rainflower.midowatches.com, korang boleh memuat naik hasil rekaan jam tangan Rainflower mereka di laman sosial Facebook atau Instagram dan berpeluang memenangi dua keping tiket ke Singapura!

Bukan tu je, korang juga berpeluang memenangi salah satu daripada 10 koleksi jam tangan Rainflower! Tak sabarnya!
Koleksi jam tangan Rainflower ini akan dilancarkan pada bulan Mac 2019 dan boleh mula dibeli pada Mei 2019.
Mesti tak sabar nak dapatkan jam tangan eksklusif ni kan! Min dah rambang mata ni!