Rambut merupakan mahkota yang paling berharga bagi setiap wanita. Penjagaan rambut juga sudah menjadi salah satu rutin harian korang kan!
Kebanyakkan wanita gemar mencuci rambut hampir setiap hari dengan harapan nak hilangkan masalah rambut dan kulit kepala.
Tapi, mungkin ramai yang tak tahu dan tak perasan yang rutin mencuci rambut setiap hari sebenarnya tidak baik untuk rambut dan kulit kepala.
Menurut pakar, rutin harian korang tu sebenarnya bukan memulihkan tapi menambah lagi kerosakan pada rambut!
Syampu yang korang pakai tu bukan je buat rambut kering, malah ia menghilangkan natural conditioner kat kepala.
Bukan tu je tau, ada lagi sebab-sebab lain kenapa korang kena stop amalan mencuci rambut setiap hari.
1. Rambut Mula Bercabang
Korang mesti pernah alami masalah rambut bercabang ni kan? Bukan sehelai dua je tapi boleh kata hampir ssemua bercabang.
Kalau korang nak tahu, syampu yang korang guna hari-hari tu dah menghilangkan minyak semula jadi rambut dan sebab tu lah rambut korang mula kering dah bercabang.
Setengah orang pula memang jenis kalau mandi akan guna air panas. Bila mandi dan cuci kepala dengan air panas, kulit kepala akan jadi kering dan mengelupas.
Itu lah sebab kulit kepala korang berkelimumur! Bila dah ada kelimumur, rambut korang mula gugur dan bercabang.
2. Sakitnya Rambut Kusut Ni!
Bila rambut dah mula tak bermaya dan berminya, sudah pasti korang akan cuci rambut kan. Tapi hakikatnya shampu buat rambut korang lebih berminyak! Tak percaya kan?
Korang yang bertudung tu mesti rasa rimas kan kalau kepala rasa gatal dan berminyak.
Bukan tu je, rambut korang akan jadi kering dan hilang sinar sekaligus menjadikan ia lebih frizzy. Sebabnya bahan-bahan dalam syampu tu mengurangkan natural oil dalam rambut.
Mesti korang tak nak kan rambut korang kusut masai kan. Tak pasal-pasal dah serupa hantu kak limah.
3. Warna Rambut Cepat Luntur
Bagi korang yang mewarnakan rambut, cucian setiap hari akan menyebabkan warna rambut korang cepat pudar.
Syampu dan bilasan rambut tu melunturkan warna yang bermulanya gelap.
Sayang je korang bayar mahal-mahal kat salon tapi korang tak jaga lepas tu warna rambut cepat luntur.
4. Mengering Rambut Guna Hair Dryer
Bila dah cuci mesti nak keringkan rambut kan. Lagi-lagi kalau korang bertudung lepas tu dah lambat nak pergi kerja.
Dah kelam kabut, benda yang senang korang capai je hair dryer.
Direct heat datang dari hair dryer atau hair styler seperti straightener dan curler tu sebenarnya tak bagus untuk rambut.
Bayangkan kalau dah hari-hari macam ni, rosak lah rambut korang.
5. Jimat Duit
Sesetengah orang sanggup berbelanjakan duit kat produk-produk yang mahal sebab nak cantik.
Sama macam barangan makeup, produk rambut pun mesti nak yang terbaik.
Harga produk rambut sekarang pun boleh tahan mahal jugak. Jadi bila korang cuci rambut setiap hari, maknanya korang akan gunakan produknya sekali semasa mandi.
Hasilnya produk rambut akan cepat habis secepat rambut korang rosak sebab produk tu.
So, kalau korang nak selamat, korang hanya perlu cuci rambut selang sehari atau dua ke tiga hari je.
Dalam masa yang sama rambut korang boleh hasilkan balik minyak semula jadi. Kalau korang rasa rambut dan start berminyak dan kepala gatal-gatal, then korang kena lah cuci dan syampu okay!