Sebut je stik, konfem terliur apabila terbayang set sajian stik daging yang dilimpahi sos lada hitam! Yummy!
Mesti best kan kalau dapat makan stik daging hari-hari! Tapi ‘kopak’ lah duit kan, bukan murah!
Sebenarnya Team Oh Hangat ada rahsia nak bagitahu korang! Percaya tak korang boleh makan stik daging wagyu secara PERCUMA je selama SETAHUN?!
Baru-baru ini, NY Steak Shack telah menganjurkan pertandingan cabaran makan stik wagyu di IOI City Mall, Putrajaya.
Pertandingan yang julung kali diadakan ini disertai oleh 20 pengunjung setia NY Steak Shack yang merangkumi 10 wanita dan 10 lelaki.
Setiap peserta perlu bersaing menghabiskan stik ‘Darling Down Wagyu Striploin’ seberat 200 gram yang dilengkapi kentang goreng dan jagung rebus dengan catatan masa terpantas!
Gelagat peserta yang berusaha menghabiskan cabaran itu sangat mendebarkan kerana masing-masing mahu memenangi makan secara percuma selama setahun di NY Steak Shack.
Bagaimanapun hanya seorang sahaja peserta yang dipilih bagi setiap pertandingan dan dua peserta bagi cabaran makan stik wagyu mengikut kategori.
Selain cabaran makan stik wagyu, NY Steak Shack turut menganjurkan cabaran makan kentang dan Pepsi!
Peserta yang berjaya menghabiskan kentang goreng NY Steak Shack dan segelas air Pepsi dengan catatan masa terpantas membawa pulang sebuah kamera Instax Square SQ20.
Dengar pun dah teruja nak try sertai cabaran ni kan! Korang yang terlepas peluang kali ini boleh try tahun depan, dengar cerita NY Steak Shack nak buat cabaran makan daging kambing pulak!
Apa-apa korang kena follow FB NY Steak Shack untuk update terkini dan kalau ada rezeki kita jumpa tahun depan! Team Oh Hangat pun nak menang makan PERCUMA setahun di NY Steak Shack!