“Nak Pergi Sekolah Ke Nak Pergi Fashion Show?” – Wak Doyok Keluar Unifrom Sekolah Slim Fit
By Faten | 31, Dec 2018
SHARES
Berbaki lagi 2 hari je lagi semua sekolah di seluruh Malaysia akan dibuka semula. Bagi ibu bapa pula, masa-masa terakhir ni la semua sibuk nak buat persiapan terakhir untuk anak-anak.
Ada diantara ibu bapa yang masih lagi mencari baju uniform sekolah yang baru untuk anak-anak.
Biasanya kalau baju sekolah ni ada macam-macam brand, antara brand yang terkenal ialah Canggih.
Tapi mesti ramai yang tak tahu Wak Doyok ada keluarkan jenama baju sekolah slim fit tau!
Menariknya, baju ni ada potongan slim fit dan diperbuat daripada kain gred A dari Jepun.
Wak Doyok ni memang terkenal dengan fasyen yang sentiasa up to date sampaikan baju sekolah pun nak buat slim fit.
Rata-rata netizen agak terkejut bila dapat tahu yang Wak Doyok keluarkan baju slim fit untuk budak sekolah.
Tapi persoalannya, boleh ke pakai baju slim fit pergi sekolah? Tak pasal-pasal kena sound nak pergi sekolah ke nak pergi fashion show! Haha..