Mana Peminat BTS! Lagu ‘Fake Love’ Berjaya Jadi Lagu Kpop Paling Kerap Distrim Di Spotify!
By Faten | 05, Jan 2019
SHARES
Siapa yang tak kenal dengan kumpulan Korea yang popular dengan oppa kacak kalau bukan kumpulan BTS.
Baru-baru ini, BTS menjadi kumpulan kedua paling popular di Spotify selepas Imagine Dragon sekaligus menjadi artis K-Pop pertama yang melepasi angka 1 bilion penstriman di Apple Music.
Lagu mereka berjudul Fake Love telah memecahkan rekod Gangnam Style nyanyian PSY yang telah menjadi lagu artis K-Pop yang paling banyak distrim di Spotify pada tahun 2018.
Kumpulan mereka hanya memerlukan masa 7 bulan untuk mendapatkan lebih 184 juta penstriman sebaik sahaja lagu tersebut dilancarkan. Hebat!
Kalau sebelum ni, lagu Gangnam Style yang menjadi tular di kalangan orang ramai sejak 2012 yang mendapat 183 juta penstriman dan salah satu lagi dari BTS iaitu DNA tidak ketinggalan jauh dari Gangnam Style dengan mendapat 181 juta kali penstriman di Spotify.
Kumpulan itu telah melakukan pencapaian yang luar biasa sepanjang tahun 2018 dengan memastikan kedudukan mereka sebagai kumpulan paling popular di dunia dengan dua album berada di carta nombor satu.
BTS dijangka akan terus menguasai 2019 dengan muzik dan aksi-aksi mereka serta mempunyai peningkatan yang luar biasa tahun demi tahun.