Sebagai manusia, kita tak pernah terlepas melakukan kesilapan. Namun hakikatnya, ramai masih ‘buta’ dan tidak sedar akan kesalahan yang dicetuskan diri.
Seperti berfesyen, kita sering sahaja mahu mengikut trend tetapi adalah salah bila kita tidak 'mengukur baju dibadan sendiri'. Mesti faham kan?
Tak semua benda kita boleh tiru orang dan sesebuah trend itu tidak semestinya kita ikut semata-mata mahu berada dalam kalangan orang-orang yang trendy.

Tapi hakikatnya kita digelar minah kampung disebabkan oleh cara pemakaian kita tu sendiri.
Team Oh Hangat nak kongsi dengan korang gaya fesyen yang boleh membuatkan korang digelar ‘kampung’.
1. Skinny Jeans & Selipar Jepun

Memang ramai yang suka pakai seluar skinny jeans dan selipar Jepun ni bila keluar ke pusat membeli belah dan kemana-mana je.
Mungkin korang ingat cara tu sangat simple dan ‘bergaya’ tapi pada hakikatnya kaki korang nampak ‘togel’ bila memadankan selipar jepun (flip-flops) dengan seluar denim yang berpotongan ketat mengikut kaki.
Lebih-lebih lagi jika kaki kamu terlalu kurus seperti tiang gol.
2. Baju T-shirt Lengan Pendek & Tudung

Biasa kita lihat, fesyen-fesyen sebegini banyak digayakan mereka yang berniaga di restoran Tom Yam mahupun di gerai-gerai pasar malam.
Mungkin mereka rasa selesa dan rasa mudah untuk membuat kerja. Biasanya wanita yang mengayakan tudung dengan Baju-T berlengan pendek ni menganggap pakai tudung tu adalah sekadar fesyen.
Tapi, kalau dari segi penilaian fesyen pun ianya dianggap langsung tidak sopan dan kelihatan pelik.
Dari segi hukum syarak menurut tata cara pemakaian seorang muslimah.
3. Fanny Pack

Rasanya, makcik yang jual pisang goreng tu lagi “celik fesyen” daripada orang yang memakai beg jenis fanny pack di dada.
Fanny Pack mengikut sejarahnya yang popular sekitar era 90-an itu seharusnya dipakai di pinggang dan bukannya disilang ke dada.
Mungkin yang si gadis ni terlampau mengikut apa yang dilakukan oleh kaum lelaki tapi hakikatnya tak sesuai.
4. Sanggul Besar & Tinggi

Sanggul tinggi-tinggi tu nak pergi mana kak oit! Agak pelik bila lihat gadis yang pakai tudung dengan sanggul yang besar dan sangat tinggi dah macam gunung.
Memang tak salah kalau kita hendak bersanggul di dalam tudung kerana cara itu lebih kemas dan selesa bagi kita yang berambut panjang, tetapi pastikan ianya tidak diikat terlalu tinggi.
5. Jubah Kain Lycra

Memakai jubah tu dah betul cuma pemilihan kain juga harus bertepatan dengan bentuk tubuh badan korang tu.
Memilih kain jenis lycra tidak salah cuma kalau dah tahu badan tu jenis berisi kalau boleh elakkan pakai kain jenis macam ni sebab akan terlihat garisan seluar dalam korang tu.
Dari nak dapat bahala pakai jubah tutup aurat, boleh tukar dapat dosa pula bila dah bagi ‘free show’ macam tu kan.