Peminat G-Shock Ada Berita Baik Untuk Korang Semua! Jam Autobots, Transform and Roll Out Edisi Khas Dah Dijual Di Malaysia!
By Faten | 02, Feb 2019
SHARES
Sejak penghujung tahun lalu, peminat jam G-Shock menjadi tidak keruan apabila jenama jam itu mengumumkan edisi terhad, Transformers.
Rupa luaran jam serta padanan warna merah biru memang tampak jelas menggambarkan figura Optimus Prime, sekali gus menjadikan ia antara jam G-Shock yang wajib dimiliki!
Malangnya ia sebelum ini hanya dipasarkan di butik terpilih di negara Jepun. Jika ada sekali pun, ia hanya dijual pada laman web rasmi Takara Tomy.
Namun, nampak gayanya penderitaan peminat jam tangan ini akan berakhir apabila Casio Timepiece Malaysia mengumumkan kemasukan jam edisi Transformers DW-6900TF-SET ke Malaysia.