Korang Yang Suka Makan Pedas Wajib Cuba Mi Segera ‘Ghost Pepper’ Ni! Satu Suap Mulut Dah Berapi!
By Faten | 08, Mar 2019
SHARES
Sekarang ni dah jadi trend semua produk makanan berlumba-lumba nak keluarkan makanan yang mempunyai rasa yang pedas. Tambah-tambah lagi produk mi segera.
Kalau korang perasan, dekat 7-Eleven sekarang ni ada jual mi segera ‘Ghost Pepper’ Spicy Chicken yang dikatakan tahap pedasnya boleh buat mulut, bibir lidah korang semua terbakar hanya dengan suapan yang pertama.
Rekaan packaging mi ini sudah terserlah ‘kepedasannya’ dan turut tertera gambar skala kepedasan cili ghost pepper ini berbanding dengan cili lain seperti orange habanero dan jalapeno.
Memang tahap kepedasan ghost pepper jauh meninggalkan pedas cili yang lain. Belum makan dah rasa berpeluh!
Hari ni Team Oh Hangat dengan beraninya nak cuba mi segera ‘Ghost Pepper’ Spicy Chicken ni!
Kalau korang tengok, mi segera ni berwarna hitam dan aromanya boleh tahan sedap. Kecur air liur dah ni nak merasai ‘kenikmatan’ mi segera ‘Ghost Pepper’ Spicy Chicken ni.
Suapan pertama je dah boleh rasa pedas terbakar satu mulut! Walaupun pedas, mi ni ada rasa yang tersendiri dan rasa tu sedap!
Yang tidak sedapnya bibir korang akan mula membengkak sebab pedasnya memang melampau.
Kalau korang nak cuba mi segera ‘Ghost Pepper’ Spicy Chicken ni, pastikan korang dah standby dengan air susu atau yogurt okay!