Korang Yang Minat Dengan Captain Marvel Mesti Kena Ada Jaket Ni! Baru Lah Nampak Stylo!
By Faten | 09, Mar 2019
SHARES
Ramai betul yang meminati filem aksi yang tengah meletop di pawagam sekarang ni iaitu Captain Marvel.
Dengar khabar, sambutan filem ini sangat luar biasa sampaikan panggung wayang di seluruh tempat sentiasa penuh.
Captain Marvel lakonan Brie Larson digambarkan sebagai seorang yang gagah dan berjiwa cekal.
Bagi peminat Marvel Studios khususnya Captain Marvel, kini anda boleh dapatkan jaket eksklusif Captain Marvel yang direka khas oleh pereka fesyen terkenal Malaysia, Alia Bastamam.
Kolaborasi diantara Petron dan Alia Bastamam bagi menghasilkan jaket ini adalah sebagai langkah mempromosikan filem itu lagi.
Alia memperuntukkan tempoh dua bulan bagi menyiapkan rekaan ini demi mencari keseimbangan agar ia tidak terlalu maskulin dan tak terlalu feminine.
Alia memilih rekaan jaket bomber dan military jaket dari fabrik neoprene yang sesuai digayakan oleh sesiapa pun.
Dua rekaan itu hadir dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan biru cair dengan dua konsep ketenteraan (military) dan gaya sporty.
Jaket ini hanya terhad untuk 40 orang sahaja tau! Apa tunggu lagi! Cepat dapatkannya sekarang!