Macam Tak Percaya! Seungri BIGBANG Sediakan Khidmat Pelacuran Untuk Para Pelabur?
By Faten | 11, Mar 2019
SHARES
Bila sebut saja mengenai kumpulan BIGBANG, sudah pasti ramai anak gadis di Malaysia yang menggilakan mereka ni.
Namun, ada cerita yang kurang enak sekaligus telah mencalarkan serba sedikit nama kumpulan ini.
Terbaru, Seungri BIGBANG dilaporkan telah dituduh dalam kes pelacuran. Walau bagaimanapun, dia dilaporkan negatid dadah dalam ujian tahap kedua.
Seperti mana yang kita ketahui sebelum ini, kes ini adalah salah satu skandal yang menimpa kelab Burning Sun.
Burning Sun merupakan sebuah kelab hiburan yang sebelum ini ada nama Seungri sebagai salah satu pengurusnya.
Kes pelacuran ini bermula dari chatroom KakaoTalk yang tersebar yang menunjukkan jika Seungri didakwa turut menyediakan khidmat pelacuran untuk para pelabur asing di Kelab Arena.
Club Arena hiburan merupakan kelab terbesar di Gangnam yang sering dikunjungi oleh Seungri.
Sekitar 20 pegawai polis dikerahkan untuk mencari bukti Club Arena namun sampai sekarang belum ada informasi lanjutan oleh pihak polis.
Seungri dijadikan suspek dan surat perintah penggeledahan dan penyitaan bukti tentang pelacuran di Club Arena dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
Ini bagi membersihkan nama baik Seungri dari sebarang tuduhan jika semua tuduhan tidak terbukti.