“Saya menulis kepada anda dengan rasa malu dan kesal. Saya, Jung Joon Young, baru kembali ke Korea pada 12 Mac dan menyedari betapa seriusnya situasi ketika ini.
Saya memohon ribuan kemaafaan kepada mereka yang terlibat dan mohon diberikan ruang untuk menyatakan maaf saya.
Saya mengakui kesemua dosa serta kesalahan dan tindakan saya. Saya telah merakam video wanita tanpa kerelaannya dan berkongsi video tersebut menerusi ruangan sembanga KakaoTalk dan telah bertindak tanpa rasa bersalah atau menyesal.
Sebagai seorang ‘public figure’ , sememangnya tindakan saya itu adalah tidak bermoral dan saya layak untuk mendapat balasan atas perbuatan saya.
Apa yang penting, saya ingin meminta maaf kepada wanita yang dirakam dalam video tersebut yang terpaksa berhadapan dengan situasi dasyat ini.
Saya berlutut memohon maaf kepada sesiapa yang berasa marah dan kecewa. Saya akan menarik diri dari semua rancangan yang saya bintangi dan menghentikan segala aktiviti berkaitan bidang hiburan.
Saya memohon maaf kepada semua wanita yang telah menderita akibat perbuatan saya. Kepada mereka yang telah menjadikan saya seorang selebriti, pastinya anda berasa sangat kecewa dan marah, saya juga mohon kemaafaan.
Saya akan berikan kerjasama yang baik sepanjang proses siasatan yang akan bermula pada 14 Mac dan menerima segala hukuman dengan tenang.
Sekali lagi dengan hati yang kecil, saya memohon kemaafaan. Saya mohon maaf."