“Awak Seterusnya” – Perdana Menteri New Zealand Terima Ugutan Bunuh Dengan Gambar Sepucuk Pistol!
By Faten | 22, Mar 2019
SHARES
Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern sangat mengecam dan mengkeji tindakan individu yang menyerang umat Islam di masjid di Christchurch Jumaat lalu.
Namun, dia dikatakan telah menerima satu ugutan bunuh dari seorang pengguna Twitter. Individu tersebut telah memuat naik gambar sepucuk pistol dengan kapsyen ‘awak seterusnya’.
Status terbabit dipaparkan lebih 48 jam sebelum akaun Twitter itu disekat selepas dilaporkan pengguna lain.
Satu lagi status berasingan yang bersertakan akaun Twitter Ardern dan polis NZ dikesan turut menggunakan gambar serta ayat sama.
Akaun itu didapati memuat naik kandungan berbaur anti-islam dan ucapan pelampau kulit putih.
Polis kini sedang menyiasat individu disebalik ugutan tersebut.