“Tak Apa Sis, Tak Payah Tarik-Tarik Cap Tu” – Netizen Mula Sindir Liyana Jasmay Bakal Buka Tudung!
By Faten | 18, Apr 2019
SHARES
Banyak betul cerita mengenai artis yang mula menanggalkan hijab. Tak pasti sama ada sudah menjadi trend atau terikut-ikut dengan ‘hasutan’ benda halus.
Selepas hampir dua tahun mengenakan hijab, pelakon Liyana Jasmay menjadi buah mulut netizen apabila dia mula tampil di laman sosial dengan hanya memakai topi.
Di akaun Instagram miliknya, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dan bertanyakan sama ada adakah benar bahawa pelakon itu tidak lagi bertudung.
Menerusi video yang dimuat naik tersebut, dia dilihat sedang menjalani pengambaran sebuah telemovie dan cuba ‘menyorokkan’ rambutnya disebalik topi yang dipakai.
Seperti sudah dijangka, ada segelintir netizen tidak mahu melepaskan peluang untuk meninggalkan komen negatif terhadapnya.
Malah, ada mendakwa pelakon itu memakai tudung sekadar main-main dan bakal membukanya suatu hari nanti.
Semoga Liyana Jasmay terus istiqamah dan tidak membuka tudung.