Tapi, baru-baru ni Fathia dikatakan sekali lagi membuat kejutan apabila dia memuat naik sekeping gambar tidak bertudung di laman Instagramnya.
Apa yang pasti ramai yang tidak senang dengan tindakan pelakon itu dan diruangan komen, rata-rata netizen terkejut dan tertanya mengapa pelakon itu memuat naik gambar berkenaan.
Bagaimanapun, kurang sejam gambar itu dimuat naik, komen pada entri tersebut dipadamkan. Malah, semua gambar Fathia telah dipadamkan daripada akaun tersebut.
Mungkin akaun Instagram Fathia kena godam kot. Apa-apa pun kita doakan semoga Fathia sentiasa diberi petunjuk untuk terus bertudung.