“Suka Hatilah Saya Nak Buat Apa, Ini Pilihan Hidup Saya” – Fathia Latiff Baru Perasan Dirinya Berhijab Sebelum Ini Sebab Kecewa Dan Murung!
By Faten | 25, Apr 2019
SHARES
Sepanjang tahun ini dah macam jadi trend pula artis ambil keputusan untuk buka tudung dan mengaku diri belum bersedia.
Beberapa hari lepas kecoh mengenai pelakon Fathia Latiff, 32 tahun yang mendedahkan gambarnya tidak lagi memakai tudung dan berambut pendek.
Sumber : mStar
Terbaru, dia sudah mengaku enggan terus berpura-pura sedangkan hidupnya tidak pernah tenang sejak berhijab.
Katanya dia sudah lama nak buka tudung tapi masih mahu menjaga hati keluarga. Namun, hatinya tekad mahu menjadi diri sendiri lantas menanggalkan tudung sejak Jumaat lalu.
"Suka hatilah saya nak buat apa, ini pilihan hidup saya. Saya berhak memilih jalan terbaik. Orang nak cakap saya sakit atau depresi terserahlah.”
Dia mendakwa mahu menjadi diri sendiri dan tidak mahu berpura-pura lagi dengan hanya memakai tudung sedangkan dia masih lagi tidak berubah.
Fathia juga berkata, dia tidak mahu memikirkan kecaman netizen kerana sudah biasa 'dipijak' dan dihina.
“Saya gembira dan merasakan kembali bersemangat untuk hidup apabila melakukan apa yang saya suka.”
Nampaknya Fathia juga dah padam semua gambarnya yang memakai hijab sebelum ini.