Korang pernah terbayang tak ketika sedang memandu tiba-tiba ternampak sekumpulan dinosaur berkeliaran di atas lebuhraya? Apa yang akan korang lakukan?
Jangan panik! Ini kerana UnUsUal Entertainment dan penganjur bersama MacpiePro akan menganjurkan ‘Walking With Dinosaurs – The Live Experience in Kuala Lumpur 2019’ pada 23 hingga 25 Ogos 2019 di Axiata Arena, Bukit Jalil!
Ditonton lebih 9 juta orang daripada 250 bandar di seluruh dunia, pertunjukan ini bakal menarik perhatian semua lapisan umur yang pasti teruja menyaksikan 18 spesis dinosaur! Wow!
Anak-anak dan keluarga korang konfem gembira dapat menyaksikan pertunjukan ini kerana ia menampilkan teknologi terkini dan diiktiraf sebagai pertunjukan dinosaur terbaik dan terbesar di dunia.
Kalau korangn nak tahu, ‘Walking With Dinosaurs – The Live Experience’ pada asalnya dihasilkan oleh Gerry Ryan, Malcolm Cooke dan Jill Bryant di Australia sebelum dibawa ke dunia realiti oleh Global Creatures.
Menariknya, produksi ini akan mempamerkan perubahan yang hebat terhadap dinosaur dari segi warna kulitnya dan juga terdapat beberapa spesis berbulu berdasarkan penyelidikan saintifik yang terkini.
Pertunjukan selama satu jam 40 minit itu menggambarkan evolusi dinosaur yang seakan-akan hidup di alam realiti.
Pengunjung berpeluang menyaksikan babak interaksi antara dinosaur, bagaimana dinosaur karnivor berjalan menggunakan dua kaki dan bagaimana herbivor menewaskan pemangsa yang lebih ganas.
Sembilan daripada 18 spesis dinosaur terbabit mewakili pemerintahan dinosaur sejak 200 juta tahun dahulu. Pertunjukan itu termasuk spesis Tyrannosaurus Rex, Plateosaurus, Liliensternus dari zaman Triassic, Stegosaurus dan Allosaurus dari zaman Jurassic dan Torosaurus dan Utahraptor dari zaman Kretaseus. Dinosaur yang terbesar adalah Brachiosaurus yang berketinggian 11 meter dan 17 meter dari hidung hingga ekor.
Pembuatan dinosaur bersaiz sebenar ini mengambil masa setahun dan memerlukan tenaga kerja seramai 50 orang termasuk jurutera, pembuat fabrikasi, pembuat kulit, artis, pelukis dan pakar animatronik.
Sejarah dunia ini akan dimainkan dengan babak pemisahan benua bumi dan peralihan dari padang pasir yang gersang pada zaman Triassic ke padang rumput yang menghijau pada zaman Jurassic. Selain itu, pembentukan lautan, letusan gunung berapi dan kebakaran hutan memberi kesan buruk yang menjadi punca kepupusan dinosaur.
Team Oh Hangat tak sabar nak pergi tengok ‘Walking With Dinosaurs – The Live Experience in Kuala Lumpur 2019’! Dengar cerita korang akan rasa macam betul-betul berada di alam dinosaur!
Tiket akan mula dijual secara atas talian di laman web myticket.asia pada 20 Mei 2019 tepat jam 10am.
Kategori Tiket/Harga:
Zon A: RM398
Zon B: RM298
Zon C: RM248
Zon D: RM198
Zon E: RM148
Korang kena ‘standby’ taw sebab pembeli terawal akan menikmati diskaun 10% untuk pembelian tiket yang dibuat antara 20 Mei hingga 3 Jun 2019. Best kan!
Jadual pertunjukan ‘Walking With Dinosaurs – The Live Experience in Kuala Lumpur 2019’ :
Tarikh
|
Masa
|
23 Ogos 2019
|
7.30pm (ENG)
|
24 Ogos 2019
|
11am (ENG), 3.30pm (CHI), 7.30pm (ENG)
|
25 Ogos 2019
|
11am (ENG), 3.30pm (CHI)
|
Untuk maklumat lanjut, sila layari media sosial atau laman web rasmi UnUsUal Entertainment dan MacpiePro. Jumpa korang di sana!