Studio Animasi KRU Kini Dibuka di KidZania! Memang Seronok Bawa Anak-Anak Cuti Sekolah Ni!
By Faten | 31, May 2019
SHARES
Bila sebut je mengenai KidZania, memang kanak-kanak lah orang yang paling teruja sekali sebab mereka merasai pengalaman hidup dan bekerja di dalam sebuah tempat yang berfungsi seperti bandar sebenar.
Nampaknya pusat pelajaran dan hiburan tertutup itu ada satu lagi daya tarikan baharu iaitu sebuah studio animasi.
Studio Animasi KRU yang baharu di KidZania Kuala Lumpur menggalakkan pendedahan awal dan meningkatkan pengetahuan berhubung industri animasi di kalangan generasi muda.
Golongan muda yang berkunjung ke KidZania akan dapat mempelajari proses membuat filem animasi, termasuk dari segi penyediaan jalan cerita, mencipta karakter dan belajar membuat 'voice over'.
Dari situ, bakat kanak-kanak akan dapat dikesan dan dapat digilap untuk masa akan datang.
Bukan itu je, KRU turut menawarkan program yang dinamakan AfterClass. Program ini bagi pelajar pra-sekolah dan pelajar sekolah rendah bagi meningkatkan minat mereka dalam seni dan produksi animasi.
Program ini secara tidak langsung dapat membantu semasa mereka menyertai industri itu di masa akan datang.
Jadi tunggu apa lagi, jom bawa anak-anak anda ke KidZania sekarang dan rasai pengalaman dunia animasi yang sebenar!