A.Aida Buat Sidang Media Umum Bercerai Kali Ke 4! Hanya Tahu Ariff Seorang Duda Tiga Hari Sebelum Nikah!
By Faten | 18, Jun 2019
SHARES
Siapa sangka, mahligai yang dibina kali keempat bersama jejaka muda runtuh tidak sampai setahun.
Hari ini industri hiburan dikejutkan dengan pengumuman pelakon dan juga penerbit drama Datuk A. Aida yang telah bercerai dengan suaminya, pelakon muda, Ariff Aziz.
Sidang media yang dibuat sebentar tadi telah mengesahkan perkara tersebut oleh Datuk A.Aida sendiri.
Menurut Datuk A. Aida, dia telah bercerai sejak April lalu dan baru kali ini bersedia untuk mengesahkan perkara tersebut.
Sidang media yang disiarkan secara langsung di Mstar Online ini turut menjawab segala persoalan.
Tambah Datuk A.Aida, dia hanya mengetahui bahawa Ariff merupakan seorang duda tiga hari sebelum mereka bernikah.
Rata-rata peminat dan penggiat seni tanah air terkejut dengan berita yang disampaikan.
Terdahulu, Datuk A.Aida telah melangsungkan perkahwinan kali ke-4 bersama Ariff Aziz pada Julai 2018.