Isu perceraian artis tanah air baru saja lagi diperkatakan iaitu mengenai Datuk A.Aida dan bekas suaminya Ariiff Aziz yang sah bercerai April lalu.
Terbaru, Aida Azira yang merupakan bekas isteri Sam Bunkface mengesahkan mereka sudah bercerai pada penghujung Januari lalu.
Berita itu disampaikan sendiri oleh Aida bagi mengelakkan sebarang salah faham tentang status mereka.
“Kami bercerai rasminya pada penghujung Januari lalu disebabkan sudah tidak sehaluan dan tiada persefahaman”
Perceraian pasangan itu tiada kena-mengena dengan mana-mana pihak dan mereka bercerai mengikut persetujuan masing-masing.
“Kami masih berkawan baik dan tiada masalah berkomunikasi demi anak kami. Keluarga saya dan keluarga Sam pun reda dan menerima seadanya keputusan itu”
Sebelum ini, rumah tangga pasangan ini mengalami sedikit pergolakkan pun begitu Sam memberitahu mereka masih tinggal sebumbung.
Malah Sam juga bertindak memadam gambar bersama Aida di laman sosialnya. Sam dan Aida telah mendirikan rumah tangga pada 25 April 2015.
Hasil perkahwinan, pasangan itu telah dikurniakan seorang cahaya mata bernama Maleeq yang kini berusia dua tahun.
Beli Produk Haier, Boleh Menang Hadiah Bernilai RM300,000! Ini Bukan Cobaan, Ada 75 Unit Hadiah Untuk Dibawa Pulang Bestie!
Bayar Bil & Topup Kredit Banyak-Banyak Boleh Menang Proton Persona?! Fuhh Seriuslahh, Macam Mana?
OhHangat.com.my