Telinga Pelajar Lelaki Cedera Selepas Di ‘Stapler’ Seorang Guru Gara-Gara Tak Siap Kerja Sekolah!
By Faten | 01, Oct 2019
SHARES
Menjadi seorang pendidik merupakan satu pekerjaan yang sangat mulia. Namun, memilih kerjaya sebagai seorang guru bukan satu kerja yang mudah dan perlu ada kesabaran yang tinggi.
Namun, baru-baru ini dilaporkan, seorang guru di Kota Kinabalu telah mengepit telinga anak muridnya dengan stapler apabila mendapati anak muridnya itu tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberi.
Tindakan tersebut dikatakan sebagai hukuman ke atas pelajar tersebut kerana gagal menyiapkan tugasan tersebut.
Ibu bapa kepada pelajar yang berusia 10 tahun itu telah melaporkan perkara berkenan kepada pihak polis setelah mendapat tahu anak mereka diperlakukan sebegitu.
Menteri Pendidikan dan Inovasi Negeri Sabah, YB Datuk Dr Yusof B. Yacob berkata dia percaya penggunaan stapler sebagai hukuman kepada pelajar ternyata tidak dapat diterima dan salah di sisi undang-undang.
Hukuman tersebut merupakan hukuman yang melampaui batas dan tidak patut dilaksanakan oleh seseorang yang bergelar guru.
Menurut menteri pendidikan Dr. Maszlee Bin Malik, beliau sedang menunggu laporan penyiasatan dari Biro Pendidikan Negeri Sabah.
Kes itu sedang disiasat dibawah Perkara 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menggunakan alat sehingga menyebabkan kecederaan.