Netizen Meluat PU Abu Muat Naik Video Ultrasound Anak Dengan Isteri Baru!
By Faten | 03, Oct 2019
SHARES
Kisah rumahtangga PU Abu sekali lagi mendapat kecaman netizen apabila dia dikatakan bersikap tidak adil kepada bekas isterinya yang dulu.
PU Abu sebelum ini dikritik teruk selepas menceraikan isteri ketika sarat hamil melalui aplikasi Whatsapp. Selepas itu dia telah berkahwin dengan seorang usahawan kosmetik bernama Hana Azraa.
Beberapa hari lepas, PU Abu nampaknya ada memuat naik video ultrasound anak bersama isteri baru.
Video ultrasound yang menunjukkan bayi di dalam kandungan isterinya itu mendapat perhatian ramai. Netizen mengkritik PU Abu yang dengan sengaja menunjukkan kebahagiaan sedangkan tidak berbuat demikian dengan isteri pertama.
Rata-rata meluahkan rasa sedih dan simpati dengan bayi hasil perkahwinan dengan isteri pertama. Mereka turut meminta PU supaya berlaku adil dan menjaga hati walaupun Ain Afini sudah bergelar bekas isteri.