“Sepanjang Melalui Perkahwinan Ini Dipenuhi Dengan Penipuan Dan Permainan Mental” – Natasha Hudson Sah Bercerai Lagi
By Faten | 08, Oct 2019
SHARES
Beberapa hari lepas terdapat khabar angin yang mengatakan pelakon Natasha Hudson mempunyai masalah rumahtangga apabila dia dilihat telah memadam gambar suaminya di laman sosial.
Natasha Hudson menimbulkan tanda tanya netizen apabila menjawab pertanyaan persoalan mengenai cara menghadapi masalah rumah tangga melibatkan suami berlaku curang seakan memberi bayangan rumah tangganya bermasalah.
Namun, akhirnya Natasha membuat pengakuan yang dia sudah bercerai talak satu dengan ahli perniagaan, Noor Nashiq Sekanor baru-baru ini.
Enggan mendedahkan punca perceraian kali keempat itu, Natasha berkata rumah tangga yang dibina Disember tahun lalu penuh dengan penipuan dan permainan mental.
Dalam pada itu, Natasha berkata kegagalan rumah tangganya itu membuatkan dia lebih berhati-hati memilih pasangan hidup di masa akan datang.
Ujarnya dia memerlukan pasangan yang sentiasa menyokong dan menyayangi anak-anaknya.