“Saya Anak Melayu” - Tweet Permaisuri Agong Raih Pelbagai Reaksi Netizen!
By Faten | 09, Oct 2019
SHARES
Semua sedia maklum, Raja Permasuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah begitu aktif di laman sosial twitter.
Baginda sering memuatnaik status mengenai kehidupan seharian baginda untuk dikongsikan bersama rakyat.
Baru-baru ini,baginda ada memuatnaik tweet mengenai kecintaannya kepada bahasa ibunda.
Tweet Tunku Azizah yang menyatakan baginda tidak malu jika tidak dapat bertutur dalam bahasa Inggeris, telah mendapat perhatian daripada warganet.
Ini menggambarkan bahawa baginda sangat memandang tinggi terhadap penggunaan bahasa Melayu, iaitu bahasa ibunda berbanding bahasa Inggeris.
Percaya atau tidak, ramai dalam kalangan rakyat tempatan terlalu bangga dengan bahasa Inggeris dan memandang rendah kepada golongan yang kurang mahir dalam bahasa tersebut.
Namun, bahasa ibunda jauh ditinggalkan kebelakang semata-mata ingin bersaing dan nampak ‘maju’ sesama sendiri.