Adira Fail Cerai, Datuk Red Tegas Hubungan Masih Baik Dan Mengaku Baru Lakukan Hubungan Intim!
By Faten | 09, Oct 2019
SHARES
Sejak kebelakangan ni kecoh mengenai hubungan rumahtangga penyanyi Adira dan suaminya Datuk Red yang dikatakan sudah mula goyang.
Menerusi satu maklumat yang diterima, Adira dikatakan telah memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Barat.
Adira yang selama ini mengambil langkah berdiam diri mengenai isu ini akhirnya membuat pengakuan kepada pemberita bahawa dia telah menuntut cerai dan kesnya akan berjalan pada jam 3 petang ini.
Menurut penyanyi itu, perbicaraan penceraian sepatutnya dijadualkan pada jam 9 pagi tadi, namun terpaksa dilanjutkan memandang berita tersebut telah diketahui umum.
Walau bagaimanapun, Datuk Red pula menafikan berita tersebut dan mendakwa hubungannya bersama Adira masih lagi baik dan mesra sebagai suami isteri.
“Berita mengatakan saya dan Adira mahu bercerai itu adalah palsu kerana kami masih bersama.
Kelmarin saya baru saja pulang ke rumah Adira dan kami melakukan hubungan intim…”
Setakat ini belum ada berita rasmi mengenai kes penceraian mereka. Adira dan Datuk Red telah bernikah di Thailand dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.