Pelawak Kamal Chilok Tak Sempat Tatap Wajah Anak Sulung! Al-Fatihah
By Faten | 14, Oct 2019
SHARES
Dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian seorang pelawak yang berbakat iaitu Kamal Chilok.
Arwah yang pernah bersaing dalam rancangan realiti Muzikal Lawak Superstar menerusi kumpulan Kroni telah disahkan meninggal dunia selepas koma akibat kemalangan jalan raya.
Kamal atau nama sebenarnya Mohd Kamal Shah Saharuddin,30 telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Putrajaya dan meninggalkan seorang isteri dikenali sebagai Bea Zhari.
Lebih menyentuh hati, Kamal dan Bea baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada awal tahun ini dan kini isterinya sedang hamil anak sulung mereka.
Kamal dilaporkan telah mengalami kemalangan jalan raya ketika keluar menghantar gulai patin tempoyak kepada pelanggannya.
Kamal telah mengalami kecederaan parah di anggota badan serta pendarahan serius di kepala.
Dia dilaporkan dalam keadaan kritikal dan koma selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan kenderaan lain.
Semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah