AROHA Gegarkan Menara PGRM, Kuala Lumpur! Ramai Yang Nak Pengsan Lihat Oppa CHA EUN-WOO Depan Mata!
By Faten | 29, Oct 2019
SHARES
Annyeonghaseyo AROHA! Hujung minggu korang pasti lebih bermakna dengan persembahan bertenaga dan mantap dari Cha Eun-Woo di Menara PGRM, Kuala Lumpur pada 27 Oktober lalu!
Buat pertama kalinya, Cha Eun-Woo berkunjung ke Malaysia sebagai artis solo sempena 2019 CHA EUN-WOO 1st Fan Meeting Tour [JUST ONE 10 MINUTE] In Kuala Lumpur!.
Peminat dari setiap pelusuk negeri dan luar negara membanjiri Menara PGRM, Kuala Lumpur bagi menyaksikan sendiri persembahan memukau dari Cha Eun-Woo.
Peminat di Menara PGRM, Kuala Lumpur dikejutkan apabila Cha Eun-Woo mendendangkan lagu 'Sampai Ke Hari Tua' oleh Aizat Amdan. Memang cair la dengar!
AROHA memang sangat beruntung sebab dapat menyaksikan Oppa kesayangan mereka mempersembahkan lagu kegemaran mereka dan merasai kehangatan ‘aura’ Cha Eun-Woo secara live!
Persembahan Cha Eun-Woo ini mendapat sambutan luar biasa daripada 1,900 penonton yang turut terpukau dengan kehebatan vokal ahli kumpulan ASTRO ini dan apa yang pasti bukan ‘miming’.
Memang rugi siapa yang terlepas peluang menyaksikan konsert 2019 CHA EUN-WOO 1st Fan Meeting Tour [JUST ONE 10 MINUTE] In Kuala Lumpur! ni.
Bagi korang yang teringin sangat nak jumpa artis kpop, jangan lupa sentiasa ikuti laman Facebook Oh Hangat sebab kami ada banyak peraduan untuk korang menangi tiket percuma!