Domino’s Memang Sempoi, Kirim Cinta & Sayang Kepada Rakyat Malaysia Dengan Promosi ‘Gila-Gila’ Ini!
By | 28, Sep 2021
SHARES
Setiap orang memiliki cara tersendiri untuk mengirim dan menunjukkan kasih sayang kepada insan yang tersayang. Ada yang suka membuat kejutan, mengirim hadiah atau pun belanja makan! Makan bersama-sama ahli keluarga dan rakan-rakan antara momen yang dirindui sejak negara dilanda pandemik Covid-19.
Tapi sedar tak sedar, dah hampir 2 tahun pergerakan sosial kita terbatas disebabkan penularan wabak Covid-19. Boleh dikatakan hampir setiap hari kita menerima perkhabaran, ramai yang dijangkiti Covid-19 dan kehilangan insan yang tersayang.
Malah ada yang mengalami tekanan hidup akibat kehilangan mata pencarian. Semua orang memerlukan SOKONGAN POSITIF untuk terus memerangi wabak ini sekaligus akur menjalani kehidupan norma baharu.
Kredit gambar : The Star
Tidak dilupa, jasa petugas barisan hadapan yang berjuang berhabis-habisan untuk menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia yang bertarung dengan wabak Covid-19 siang dan malam. Mereka sangat-sangat memerlukan sokongan dari segi mental dari kita semua.Terima kasih petugas barisan hadapan, anda semua adalah HERO KAMI!
Tidak lama lagi, negara kita juga akan mencapai imuniti kelompok vaksinasi dan berharap ia akan memberi sinar baharu kepada semua rakyat Malaysia.
Oleh itu, sebagai tanda sokongan penuh terhadap program vaksinasi negara, Domino's telah menawarkan promosi 2 piza biasa hanya untuk RM19 pada Julai lalu kepada rakyat Malaysia yang telah mendaftar atau mengambil suntikan vaksin.
Memang kecoh habis lah promosi RM19 Domino's sampai VIRAL di semua platform media sosial. Rata-rata netizen berkongsi gambar piza Domino's dengan kapsyen gembira dapat menikmatinya bersama ahli keluarga dan kawan-kawan.
Kredit gambar : Paultan
Memandangkan promosi ini mendapat maklum balas yang positif dari KITA SEMUA, kini Domino's kembali menawarkan promosi RM19 untuk 2 piza menerusi kempen #SamaSamaJaga! Jika promosi sebelum ini terhad kepada individu yang telah mendaftar atau mendapatkan suntikan vaksin, kali ini ia terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Domino's mahu menyebarkan rasa cinta sekaligus membuktikan mereka mengambil berat dan mendengar suara "ANDA". #ItsAllAboutYou
Menariknya, kali ini Domino’s bukan hanya menawarkan 2 piza sederhana dengan harga RM19 TETAPI untuk 2 PIZA BESAR dengan harga RM39 dan RM49 untuk 2 PIZA XTRA BESAR! Wow, JIMAT hingga 70% untuk 2 PIZA! Hari-hari boleh makan piza Domino’s!
Korang boleh enjoy promosi ini dengan 3 cara:
1) Kunjungi dan beli piza di mana-mana cawangan Domino's
2) Pesan secara online di laman web atau aplikasi mudah alih Domino's dan ambil (pick-up) dari cawangan yang dipilih
3) Hubungi talian hotline 1-300-888-333 untuk bawa pulang
Memandangkan kita masih dalam Fasa Peralihan, korang disarankan untuk buat pesanan online dan ambil di cawangan Domino's berdekatan. Kita #SamaSamaJaga diri dari dijangkiti wabak ini dan tidak perlu keluar rumah jika tiada urusan penting. Lagi pun lagi mudah buat pesanan online, korang ikut je langkah-langkah mudah di bawah ni:
Kalau Pandu Ambil, korang tak yah susah-susah cari parking dan tunggu je dalam kereta. Abang atau Kakak Domino's akan hantar piza yang dipesan ke kereta korang.
Potong Q pula, jimat masa korang dan tidak perlu beratur menunggu giliran. Terus je ambil piza di kaunter. Mudah kan!
6. Balik rumah dan makan bersama keluarga atau kawan-kawan
Dah tahu macam mana nak pesan dan tebus kod promo, jadi apa tunggu lagi? Jom buat pesanan sekarang dan BERKONGSI rezeki dan kelazatan rasa piza Domino’s bersama ahli keluarga dan kawan-kawan korang!
Dapatkan promosi ini sementara tawaran masih ada! Layari laman web rasmi atau Facebook Domino’s untuk maklumat lanjut. #SamaSamaJaga #ItsAllAboutYou