Korang tahu tak ibu atau isteri korang ada masalah dengan peti sejuk kat rumah? Masalah apa agaknya ye?
Sebenarnya, tak semua ‘alert’ dengan keperluan dan masalah yang dialami dengan peti sejuk kat rumah. Kita yang jarang duduk kat dapur ni fikir janji semua barang boleh sumbat dalam peti sejuk, kira settle lah walaupun ruang simpanan dah terlalu mampat!
Antara masalah yang sering dialami adalah ruang simpanan peti sejuk tak cukup besar! Nampak macam hal kecil tapi amat besar untuk mereka sebab mereka yang menggunakan dan mengatur peti sejuk setiap hari. Mana taknya, lauk basah dan kering sentiasa perlu ada untuk menyediakan hidangan yang lazat dan berkualiti untuk seisi keluarga.
Bukan masalah ruang simpanan je, ada beberapa lagi masalah yang sering dialami para ibu dan isteri dengan peti sejuk di rumah. Ini ‘hint’ untuk korang bersiap sedia untuk beri kejutan peti sejuk baharu untuk mereka!
[1] Tempat Penyimpanan Barang Terlalu Kecil
Bagi yang sudah bekeluarga, ibu-ibu mesti suka beli barangan dapur untuk sebulan terus. Memang mudah sebab tak perlu keluar beli barang dapur selalu.
Lebih-lebih lagi, kalau setiap hari memasak memang wajib simpan stok barang mentah banyak-banyak.
Tapi masalahnya tempat penyimpanan barang terlalu kecil, kenalah buat keputusan yang terbaik sebelum membeli barang dapur.
[2] Kurang Sejuk
Korang perasan tak lama kelamaan peti sejuk korang akan menjadi kurang sejuk? Kemungkinan ada motor yang tidak berfungsi dan menyebabkan ia akan menjadi tidak sejuk langsung kalau dibiarkan tanpa dibaiki.
Peti sejuk ni paling penting korang kena jaga kompresor sebab kalau benda ni dah tak berfungsi, memang kena ucap selamat tinggal je lah pada peti sejuk korang dan ucap hello pada peti sejuk baharu.
[3] Igloo Di Bahagian Peti Pembeku
‘Igloo’ ni konfem semua rumah alami masalah yang sama! Lebih lagi bila barang basah dah diliputi ais beku memang susahlah nak keluarkan. Perkara ini berlaku disebabkan korang tak perasan pintu peti sejuk tidak ditutup rapat atau dibiarkan terbuka terlalu lama.
Solusinya korang kena cari peti sejuk yang ada fungsi nyahbeku atau cara ‘old skool’ kena tutup plug utama peti sejuk untuk cairkan igloo korang! Kalau tak, ia juga boleh merosakkan makanan sebab ada pembentukan ais mengeluarkan bau kurang enak.
Tapi masalahnya barang-barang basah dan kering yang disimpan dalam peti sejuk mungkin akan rosak atau tidak boleh digunakan lagi sementara plug peti sejuk ditutup. Jadi jangan biarkan pembentukan ais berlaku dalam peti sejuk korang!
Peti Sejuk 4 Pintu Siri HRF-510 Haier ‘Super’ Kool!
Kita semua pernah mengalami masalah-masalah di atas, jadi kalau nak tukar peti sejuk baharu sudah tentu lah kita nak cari yang terbaik dengan fungsi teknologi terkini.
Korang tahu tak jenama peralatan elektrik terkenal, Haier telah melancarkan peti sejuk 4 pintu baharu HRF-510GB Pintu Kaca dan Pintu Logam HRF-510MG yang sangat 'perfect' untuk dihadiahkan kepada ibu atau isteri korang. Baru lah seronok mereka nak masuk ke dapur setiap hari!
Ruang penyimpanan besar seluas 510L, zon fleksibel, kawalan sentuhan yang mudah, konfem sejuk, jimat tenaga dan banyak lagi!
Ruang fleksibel besar dan lebar amat sesuai untuk menyimpan pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan supaya kekal segar. Selain itu, ia juga boleh digunakan sebagai penyejuk (pembekuan lembut -2°) dan memelihara daging segar untuk tahan lebih lama serta tidak mengambil masa lama untuk mencairkan daging. Mudah dan menjimatkan masa kan!
- Kawalan Sentuhan Tang Mudah
Tiada masalah untuk korang atau warga emas untuk mengawal atau menetapkan suhu dengan hanya satu sentuhan. Pendek kata, lebih mudah dan semuanya di hujung jari! Nak set mod super beku atau eko pun senang, tekan je kat elektronik panel ni!
Walaupun mempunyai 4 pintu, korang jangan risau ada makanan yang rosak sebab ia mengedarkan udara sejuk secara merata ke setiap sudut peti sejuk untuk mencapai penyejukan yang cepat dan sekata. Kool kan!
Pintu peti sejuk Haier ini juga boleh dibiarkan terbuka pada 90 darjah, senang lah nak angkat barang tanpa tahan pintu dengan tangan atau kaki kan!
Bila pakai peti sejuk 4 pintu ni, korang mesti risau tentang penggunaan tenaga elektrik kan! Jangan risau, peti sejuk 4 pintu siri HRF-510 Haier ini telah dilengkapi dengan Teknologi Twin Inverter yang berfungsi untuk menjimatkan tenaga elektrik korang.
Kool gila kan peti sejuk baharu Haier ni! Jadi apa tunggu lagi, dapatkan satu untuk rumah korang di pengedar sah Haier berdekatan sekarang juga!
Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook rasmi atau laman sesawang Haier.