Tengah bulan macam ni lah emak, isteri, adik bagitahu peti sejuk, televisyen dan penyaman udara dah rosak! Pening kepala dibuatnya nak kena beli sekaligus. Mana satu nak kena beli dulu ni?!!
Jangan risau bestie! Kami ada berita baik dan pastinya boleh bantu selesaikan masalah korang. Sempena bulan Kemerdekaan, Haier telah menganjurkan kempen Beli & Menang Merdeka!
Macam mana kempen ni boleh bantu selesaikan masalah bestie? Haaa.. Ini lah nak bagitahu, beli je produk Haier di mana-mana cawangan seluruh Malaysia atau penjual sah Haier secara dalam talian, bestie berpeluang menang 75 unit hadiah dengan jumlah keseluruhan bernilai RM300,000!
Haier menawarkan hadiah-hadiah utama yang bukan beshe-beshe dan sangat menarik! Mana tahu rezeki bestie, beli dua produk Haier dan menang 1 unit hadiah utama kan! Bak peribahasa, tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu. Jimat dan selesai masalah bestie.
Korang mesti teruja nak tahu hadiah-hadiah utama yang Haier sediakan! Sabaq sat team Oh Hangat nak bagitahu lah ni. Ada 5 kategori hadiah utama!
1. Hadiah Utama | TV Android 75” (H75S5UG)
TV Android 75” ni sudah semestinya menjadi idaman! Bersaiz besar dan memberi pengalaman menonton seperti berada di pawagam pasti memberi kepuasan maksimum kepada seisi keluarga.
Lebih menarik, korang boleh cari filem blockbuster, semak keputusan bola sepak atau malapkan lampu menggunakan suara sahaja hanya dengan menekan butang mic pada alat kawalan TV. Suara AI hebat ini dikuasakan oleh Google Assistant. Hebat kan!
Belum cukup hebat lagi! Dengan Google Assistant dan Google Home, korang boleh mengawal semua peranti pintar yang ada di dalam rumah dengan mudah. Malah korang juga boleh mencari apa jua kandungan oleh Google Play yang dikehendaki menerusi TV Android Haier ini! Kalau lah menang TV Android ni, konfem suami korang tak lepak mamak dah nak tengok game bola!
2. Hadiah Platinum | Peti Sejuk 4 Pintu (HRF-510GB)
Kalau korang menang peti sejuk 4 pintu HRF-510GB dengan pintu kaca ni, konfem isteri korang tersenyum lebar sampai nampak gusi 7 hari 7 malam! Mana tidaknya, ia dilengkapi ruang penyimpanan besar seluas 510L, zon fleksibel, kawalan sentuhan yang mudah, konfem sejuk, jimat tenaga dan banyak lagi!
Memandangkan ruang fleksibel besar dan lebar, boleh lah simpan plebagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan supaya kekal segar.
Pintu peti sejuk Haier ini juga boleh dibiarkan terbuka pada 90 darjah, senang lah nak angkat barang tanpa tahan pintu dengan tangan atau kaki!
3. Hadiah Emas | Mesin Basuh Muatan Hadapan (HWM100-FD10829)
Dengan julat kapasiti mesin basuh 10kg, mesin basuh ini amat sesuai untuk keperluan seisi rumah. Bukan basuh pakaian je, basuh cadar, comforter pun boleh! Lebih menarik lagi, korang tak perlu risau tentang bil elektrik sebab ada penjimatan tenaga dan mod Hijab! Kool kan! Tak payah lah pergi dobi lagi lepas ni!
4. Hadiah Perak | Peti Pembeku Tegak (BD-248WL)
Biasanya kita selalu Nampak peti pembeku berbentuk melintang kan, tapi Haier juga ada peti pembeku tegak! Memang mudah nak ambil dan menyusun barang tanpa perlu membongkok.
Lagi best, korang boleh muatkan pelbagai jenis barangan basah tanpa risau sebab kapasitinya memang besar. Dua ekor ayam pun slamber je korang boleh sumbat macam tu je tapi takde fungsi lapisan ais nipis taw! Kalau menang, peti pembeku sampai je depan rumah mesti korang teruja nak beli macam-macam! Jangan sampai tak muat pulak.
5. Hadiah Gangsa | Penyaman Udara Inverter Sejuk Ultra Ungu (HSU-13VXA21)
Kalau bestie menang penyaman udara ni, tak payah belikan untuk adik dah. Jimat dan adik makin sayang lah kat korang! Hihi.. Bukan saja jimat tenaga, malah penyaman udara ini dilengkapi ciri menarik yang mampu membunuh 99.9% bakteria untuk udara yang lebih bersih, penstrilan ultra ungu dan aliran udara yang kuat. Bukan itu je, fungsi “I FEEL” juga amat memudahkan sebab hanya menggunakan 1 butang je dah boleh mengawal keseluruhan suhu penyaman udara. Untung lah adik..
Menariknya semua hadiah-hadiah utama yang Haier tawarkan! Peluang korang untuk menang agak tinggi sebab semua hadiah-hadiah tersebut akan diperuntukkan di semua wilayah yang mempunyai cawangan sah Haier!
Jadi, korang kena lah serbu cawangan Haier yang berdekatan sekarang dan beli mana-mana produk untuk memenangi salah satu hadiah utama tersebut. Kempen Beli & Menang Merdeka ini akan berlangsung sehingga 30 September 2022. Semoga ada rezeki korang dan good luck!
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, sila layari laman sesawang, Instagram atau Facebook Haier.
*Tertakluk kepada terma dan syarat