Korang kaki gaming, baru berkahwin atau keluarga yang tengah nak cari televisyen baharu? Kami ada berita menarik untuk anda!
Candy, jenama perkakas rumah terkemuka Eropah secara rasmi memasuki pasaran Malaysia 11 November ini!

Menggunakan tagline "Dari Eropah, Kehidupan Berkualiti", Candy menyasarkan strategi untuk memenuhi segmen pengguna dan gaya hidup yang berbeza di Malaysia. Selain itu, Haier Malaysia juga berhasrat untuk mengukuhkan bahagian pasarannya dengan meliputi semua segmen pasaran dari segi harga dan penawaran produk serta menyediakan penyelesaian kediaman yang mampan kepada rakyat Malaysia.

Jenama Candy yang dilancarkan oleh Haier Malaysia ini akan membawa masuk 3 model TV Android C50K702AU (50”), C43K702AF (43”) dan C32K702A (32”).
Menariknya, Candy menawarkan 3 model TV Android tersebut dengan harga mampu milik dan dilengkapi dengan ciri-ciri menarik.
Spesifikasi utama termasuk Android 11.0, Chromecast Terbina dalam, Google Assistant, Kesambungan Bluetooth dan reka bentuk bezel slim untuk melengkapkan mana-mana ruang kediaman anda!
Apa lagi ciri menarik yang ada?

A) TV Android Pintar
Korang nak tahu tak, Candy mempunyai pendekatan sistem TV Android pintar kerana jenama itu menawarkan banyak idea untuk memudahkan kehidupan harian anda dengan rangkaian produk yang lengkap. Lebih mudah kan!
B) Mudah Diakses
Candy mempunyai kedudukan yang boleh diakses dan sangat berbaloi untuk setiap kategori produk serta set teknologi yang mudah digunakan. Antaranya Google Play, Google Assistant (Kawalan suara bebas tangan), Kesambungan Bluetooth dan Chromecast terbina dalam.
C) Itali
Candy mempunyai sentuhan Itali yang boleh korang rasai dalam reka bentuk produk, perhatiannya terhadap butiran dan sikap jenama terhadap kehidupan di rumah, makanan dan gaya hidup secara umum. Antaranya ia meliputi ciri bezel slim dengan 3 jenis saiz iaitu 32” HD, 43” HD Penuh dan 50” 4K UHD.
Dengar pun dah macam wow dan menarik kan! Mesti korang rasa mahal kan tapi sebenarnya Candy menawarkan harga mampu milik! Lebih menarik lagi, sempena promosi FIFA, Candy memberi harga diskaun lagi khas untuk rakyat Malaysia mulai 14 hingga 20 November 2022!

TV Model
|
RCP (RM)
|
Discounted Price (RM)
|
C32K702A
|
RM 899.00
|
RM 629.00
|
C43K702AF
|
RM 1399.00
|
RM 1059.00
|
C50K&02AU
|
RM 1999.00
|
RM 1359.00
|
Macam mana nak dapatkan TV Android Candy ni? Senang je, korang masuk ke kedai Shopee candy.os, order dan bayar je. Kami terus hantar ke depan pintu rumah anda. Semua produk Candy hanya dijual melalui platform e-dagang yang terpilih sahaja.

Nak lagi jimat? Jangan lepaskan peluang untuk claim RM30 baucar tambahan sepanjang tempoh promosi! *Tertakluk kepada terma & syarat
Memang jimat kaw kaw, RM629 je dah dapat TV Android bersaiz 32 inci siap ada waranti 2 tahun lagi! Memang kaw kaw Candy bagi kali ni!
Jangan tunggu lagi, mark kalendar korang dan add to cart TV Android yang berkenan di hati, terus check out je 14 November nanti di kedai Shopee Candy Malaysia https://shopee.com.my/candy.os
Nak tahu lebih banyak lagi ciri menarik TV Android keluaran Candy Malaysia? Sila layari http://www.candyasia.com/my. Candy akan terus memperkenalkan produk perkakas rumah baharu pada tahun 2023.