Selepas tiga tahun menjayakan Program Wanita Cukup Berani Maggi, tahun ini Maggi kembali lagi dengan dua perancangan baharu menerusi aktiviti Bengkel Online Wanita Cukup Berani Maggi dan Masterclass: Food Influencer and Content Creator Maggi.
Tahun ini Maggi bersama-sama Google, Meta dan juga TikTok menawarkan bengkel peningkatan kemahiran dan Masterclass dengan tumpuan terhadap penghasilan kandungan untuk media sosial, perkembangan peribadi dan strategi untuk mengembangkan perniagaan makanan sempena Hari Wanita Antarabangsa 2023.
Sejak dilancarkan pada 2020, program ini telah berjaya memberi impak kepada lebih 3,500 orang wanita di seluruh negara.
“Usaha untuk meningkatkan kemahiran wanita dan masyarakat terpinggir dengan kemahiran digital akan memberikan peluang pendapatan yang baharu, seterusnya merapatkan jurang kesaksamaan gender. Kesaksamaan gender memerlukan penglibatan, kerjasama dan sokongan daripada pelbagai pihak yang berkepentingan,” kata YB Dato’ Sri Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Selain itu, pempengaruh media sosial dan pencipta kandungan juga amat memainkan peranan penting dalam capaian jenama pada masa kini. Ia memberi peluang dan ruang yang besar kepada wanita Malaysia untuk menjana pendapatan dengan membuat kandungan berasaskan makanan sekaligus memajukan perniagaan.
Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI® tahun ini memperkenalkan sebuah modul dalam talian yang baharu untuk para peserta yang mahu memulakan perjalanan mereka sebagai pencipta kandungan berasaskan makanan, sama ada sebagai individu atau pemilik perniagaan. Peserta juga diberi peluang untuk menyertai Masterclass: Pempengaruh Makanan dan Pencipta Kandungan bersama MAGGI®.
Barisan pakar dari Google, Meta and TikTok akan berkongsi panduan, nasihat dan amalan terbaik tentang penghasilan kandungan, manakala pempengaruh yang sudah berjaya pula berkongsi kisah mereka untuk memberi inspirasi kepada para peserta.
Selepas proses pemilihan yang ketat, seramai 21 orang pemenang akan dipilih untuk menerima kontrak daripada MAGGI® untuk menyertai program bimbingan eksklusif bagi menjadi pencipta kandungan media sosial berasaskan makanan.
“Kami yakin bahawa menerusi Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI®, kami akan dapat meneruskan usaha dalam menggalakkan wanita untuk melakukan perubahan positif, sejajar dengan semangat ‘Tak Kenal, Tak Cinta’ MAGGI® CukupRasa,” kata Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI® di Nestlé (Malaysia) Berhad.
Untuk lebih maklumat lanjut tentang Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® 2023, sila layari laman web rasmi Maggi.