Bila sebut je coklat jari, mesti korang dah terbayang KitKat kan! Ni nak bagitahu korang sempena menyambut ketibaan bulan Ramadan dan Hari Raya yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi, KitKat telah melancarkan coklat bermotifkan Ketupat yang pertama!
Pelancaran menerusi kempen “Rezeki Dikongsi Bersama” itu bertujuan mengeratkan hubungan sesama insan melalui perkongsian saat-saat manis dan sukar dilupakan bersama KitKat® kata Frederic Porchet, Pegawai Eksekutif Perniagaan bagi Unit Perniagaan Konfeksi.
KitKat® Ketupat edisi terhad Raya adalah kombinasi wafer rangup yang disaluti dengan lapisan coklat susu yang enak dan buat pertama kalinya didatangkan dengan motif ‘Ketupat’ yang diterap pada bar coklat KitKat® 4-Jejari. Ketupat ialah hidangan ikonik yang sering dihidangkan semasa bulan Ramadan dan Hari Raya. Ia diperbuat daripada nasi yang dihimpit dalam bungkusan sulaman daun kelapa. Corak sulaman Ketupat yang halus melambangkan Silaturrahim, iaitu ikatan perhubungan dan persahabatan baik yang wujud dalam budaya Malaysia serta tradisi Islam – seterusnya menandakan inti pati kempen “Rezeki Dikongsi Bersama” KitKat®.
KitKat® Ketupat edisi terhad Raya hadir dalam empat koleksi rekaan unik, setiap satu menandakan warisan tradisi Raya dan sesuai dijadikan sebagai hadiah Raya yang enak untuk dikongsi dan ‘cele-break’ bersama keluarga dan rakan-rakan. KitKat® Ketupat terdapat dalam dua format pembungkusan yang berbeza - KitKat® Ketupat 4 Jejari 4 Multipack dan KitKat® Ketupat 4 Jejari 2 Multipack.
KitKat® turut berganding bahu dengan jenama fesyen kontemporari tempatan, Mimpikita. Kolaborasi KitKat® x Mimpikita Pek Edisi Raya ini termasuk sebuah gelas minuman Luminarc yang direka khas oleh Mimpikita bersama 2 pek KitKat® Mini 9g Sharebags. Terdapat tiga reka bentuk eksklusif untuk dikumpulkan.
Pelancaran kempen Raya “Rezeki Dikongsi Bersama” KitKat® turut disertai oleh dua selebriti tempatan, MK K-Clique dan Nabila Razali yang mendendangkan lagu tema “Rezeki Dikongsi Bersama” KitKat® dalam muzik video animasi Raya KitKat® yang terbaru.
Bersempena dengan kempen Raya “Rezeki Dikongsi Bersama”, KitKat® menyalurkan sumbangan RM10,000 kepada AEON Mesra, sebuah inisiatif jangkauan komuniti oleh Yayasan AEON Malaysia. Selain itu, rakyat Malaysia juga boleh berkongsi ‘rezeki’ mereka dengan melayari saluran YouTube, Facebook dan Instagram KitKat® dan tekan butang “LIKE” pada muzik video animasi Raya KitKat® yang menampilkan MK K-Clique dan Nabila Razali. KitKat® akan menyumbang RM2 untuk setiap "LIKE" yang diperoleh, sehingga RM100,000, dengan semua hasil akan disalurkan kepada organisasi amal yang terpilih. Tertakluk pada terma dan syarat.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web, Facebook dan Instagram KitKat Malaysia.