Pejam celik, sekejap je dah masuk bulan Ramadan. Bagi korang yang merantau, mesti lah dah plan awal nak balik ke kampung halaman Hari Raya nanti. Jalan raya konfem akan ‘jammed’ punya terutama bagi korang yang bakal pulang ke negeri Pantai Timur.
Jadi kami nak kongsikan 4 tip berguna sebelum korang memulakan perjalanan jauh dan paling penting tiba ke destinasi yang dituju dengan selamat bersama yang tersayang.
So, korang dah ready? Jom ‘take note’ semua tip-tip yang team Oh Hangat nak kongsikan ni dan share juga dengan rakan serta ahli keluarga!
1. Check Keselamatan Rumah
Bila balik kampung beraya, mesti lah akan tinggalkan rumah dalam tempoh masa yang lama. Korang kena pastikan tingkap-tingkap rumah ditutup dan pintu dikunci sebelum meninggalkan rumah. Tutup air dan suis elektrik utama untuk mengelakkan litar pintas dan kebocoran paip air berlaku ketika korang di kampung halaman.
2. Rancangan Perjalanan
Musim perayaan dan jalan ‘jammed’ memang tak dapat dipisahkan! Rancang perjalanan korang lebih awal dan berhenti rehat di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) jika korang berasa letih atau mengantuk. Dah cukup rehat, baru lah mulakan perjalanan semula dengan cermat.
3. Tambah Nilai Kad Touch 'N Go
Korang mesti ada pengalaman jalan jadi sesak di plaza tol hanya disebabkan ada individu yang tidak mempunyai baki kad Touch ‘n Go yang cukup. Jadi pastikan korang tambah nilai secukupnya untuk melancarkan perjalanan anda dan juga orang lain.
4. Servis Kenderaan
Sebelum balik ke kampung, pastikan korang servis kereta dulu bagi memastikan perjalanan ‘smooth’ je ke destinasi yang dituju. Lakukan servis menyeluruh yang meliputi enjin, tayar, brek, penapis minyak, radiator dan elemen-elemen penting kenderaan. Tukar dan baiki apa yang perlu bagi mengelakkan kenderaan bermasalah ketika dalam perjalanan.
Sebenarnya Team Oh Hangat nak share dengan korang pakej servis yang berbaloi dan tip top di Lim Tayar! Korang mesti tak percaya, servis kenderaan di Lim Tayar dengan pakej servis PETRONAS Syntium boleh nikmati bufet Ramadan untuk 2 orang secara PERCUMA di Royale Chulan Damansara dan pelbagai lagi hadiah menarik!
Ada 2 pakej menarik yang ditawarkan untuk korang pilih:-
PAKEJ A | RM394.80 (Harga asal: RM417)
- 1 x Minyak pelincir sintetik penuh PETRONAS Syntium 3000 E 5W40 (4L)
- 1 x Penapis minyak
- 1 x 15 point check
- 1 x Kos buruh percuma
- 1 x Hadiah percuma (Sementara Stok Masih Ada)
- 1 x Minyak Aditif Liqui Moly
- 1 x Enjin Flush plus Liqui Moly
PAKEJ B | RM385.80 (Harga asal: RM408)
- 1 x Minyak pelincir sintetik penuh PETRONAS Syntium 3000 E 5W40 (4L)
- 1 x Penapis minyak
- 1 x 15 point check
- 1 x Kos buruh percuma
- 1 x Hadiah percuma (Sementara Stok Masih Ada)
- 1x Pembersih suntikan Liqui Moly
Haaa.. Macam mana? Berbaloi betul kan, dapat banyak sangat hadiah PERCUMA! Jadi cepat2 beli pakej servis pilihan korang secara online https://limtayarisonline.com.my/product/petronasliqmoly-package/ atau walk in ke mana-mana 7 cawangan Lim Tayar terpilih iaitu Seremban, Kota Damansara, Ampang Jaya, Gombak, Seksyen 13 Shah Alam, Selayang dan Taman Tun.
Dah beli nanti jangan lupa RSVP untuk berbuka puasa secara PERCUMA di Royale Chulan Damansara pada 23 Mac 2024 (6.30pm – 10pm). Tawaran ini sah sehingga 22 Mac 2024 je taw! Ini betul-betul..bukan cobaan. Servis kenderaan anda sekarang juga di Lim Tayar berdekatan demi keselamatan orang tersayang! Kenderaan tip top, perjalanan pun lancar kan!